Please turn on JavaScript to view this site properly.
Last Updated on 15 Apr 2024

Steam Akan Berhentikan Semua Sokongan Versi MacOS Bermula Tahun Hadapan

Sis dapati dari page Steam support, mereka telah mengumumkan yang mereka akan menamatkan Steam support untuk versi macOS 10.7 ("Lion"), 10.8 ("Mountain Lion"), 10.9 ("Mavericks") dan 10.10 ("Yosemite").

Ini maknanya, pelanggan Steam tidak boleh lagi menggunakan versi macOS selepas mereka tamatkannya. Valve membuat perkara ini kerana Steam bergantung pada integrasi Google Chrome, yang tidak berfungsi lagi pada versi macOS lama. Steam akan berfungsi sahaja pada versi macOS yang baru iaitu 10.11 bermula pada 1 Januari 2019. Pelanggan Steam yang masih mahu teruskan dengan menggunakan versi macOS, perlu update macOS yang baru.


Bukan itu saja, Valve juga mengalakkan semua pengguna dalam sistem pengendalian ini untuk upgrade ke versi macOS yang lebih baru agar dapat mengakses terus dengan features Steam yang terkini dan untuk memastikan pengguna boleh mengakses ke semua games di Steam pada masa akan datang.


P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Written by RT Admin
in News