
Siapa tahu game
MediEvil? Rasanya, kebanyakan mereka yang mempunyai
PlayStation 1 dan juga pernah bermain
PlayStation 1, mesti tahu akan game
MediEvil ni. Merupakan game tentang
Sir Daniel, ianya game hack and slash yang terawal yang pernah dibangunkan pada tahun
1998, dan akhir sekali, pada tahun
2005 dan game tersebut di namakan
MediEvil: Resurrection. Kali ini, dengar-dengar mereka nak buat remake untuk game
MediEvil ni, betul ke? Haaa, nak tahu betul atau tidak, korang boleh teruskan dengan membaca artikel ni.
Pada minggu depan atau minggu satu lagi, katanya
Sony Interactive Entertainment akan berkongsi kepada semua tentang update untuk game
MediEvil Remastered yang di umumkan semasa
PlayStation Experience 2017. Ianya disebut sendiri oleh
PlayStation Social Media Director,
Sid Shuman semasa
PlayStation Blogcast, baru-baru ini. Perincian yang abam tahu buat masa ini adalah, game tersebut akan boleh dimainkan secara resolusi 4K.

Buat masa ini, hanya itu sahaja info yang abam boleh dapatkan, apa-apa pun, kita tunggu dan lihat je nanti. Mungkin, ianya selari dengan Halloween dan juga mungkin mereka bercadang untuk Remastered kedua-dua game tersebut. Jom, kita layan video teaser dari pihak Sony, untuk
Remastered game
MediEvil ni:
[yotuwp type="videos" id="GMSI7nS2z-g" column="1" per_page="1" description="off"]