Membuat video game bukan senang. Sebuah studio perlu ada programmer, concept artist, 3D modeler, engineer audio, engineer komputer dan banyak lagi. Senang cerita, mereka perlukan kesemua resource yang mereka ada supaya sebuah game berharga $60 dapat disiapkan dan dijual. Sebab tu bajet diorang dah kalo ikutkan setinggi bajet filem Hollywood. Kalau camtu bagus la kan? Kalo semua orang buat kerja diorang sampai game siap, semua kaya. Kan? Malangnya sejarah mengatakan tidak.
Ada satu istilah dalam dunia video game development iaitu "Crunch Time". Ia adalah suatu jangka masa yang bermakna deadline sudah dekat. Pada masa itu, semua benda jadi huru-hara. 3D model tak siap lagi, rigging character tetibe tak betul, dialog suara tak habis rakam lagi, glitch bersepah dalam prototype game. Semua masalah ini akan terjadi, tidak boleh nak dinafikan.
Pada masa itu, etika pekerjaan mula jadi blur. Staf mula kerja overtime, ada yang sampai tak balik seminggu. Mereka mula bekerja sampai semua siap. Nak buat camne? Inilah passion diorang. Sepenat mana pun mereka, mereka tetap meletakkan sepenuh jiwa mereka untuk menghasilkan game ini. Kalo camtu takpela, itu pilihan mereka. Yang jadi masalah ialah apabila hasil titik peluh mereka diambil oleh orang teratas dalam majikan mereka. Pekerja staf dapat hanya gaji bulanan yang ditetapkan dan sale yang didapati daripada penjualan game mereka masuk poket majikan.
The American Federation of Labor and Congress of Industrial Organizations (ADL-CIO). Sebuah surat oleh Setiausaha Bendahara Liz Shuler ditulis di Kotaku menerangkan tentang isu ini. Beliau memulakan dengan mengatakan bahawa "Sale Video Game di US sudah mencecah $43 Billion pada 2018, 3.6 kali ganda daripada industri filem." Beliau mengatakan bahawa nombor tersebut adalah "hasil daripada video game developers yang tidak kenal erti penat" yang telah "mencipta dunia-dunia baru, menghasilkan cabaran baru dan memperkenalkan sebuah era hiburan yang baru."
Disambung beliau dengan mengungkitkan tentang "executives yang sangat cepat untuk menunjuk-nunjuk kemegahan meraka tentang hasil mereka." Daripada situ beliau mempersoalkan kepada para video game developers "Apakah yang anda dapat sebagai pampasan?"
"Anda sibuk menghasilkan produk yang menggemparkan," Shuler puji. "Mereka mengambil untung billion. Sementara anda kepenatan meletakkan jiwa anda dalam membuat game, Bobby Kotick (CEO Activision) dan Andrew Wilson (CEO Electronic Arts) menepuk dada sendiri atas 'kejayaan' mereka."
"Kami telah mendengar semua cerita-cerita kesakitan anda, termasuklah seorang developer yang dihantar ke bilik kecemasan sebelum diberi cuti kerja. Para developer di Rockstar telah menceritakan cerita 'crunch time' yang mengambil masa berbulan dan juga bertahun untuk memuaskan permintaan yang keterlaluan daripada pihak pengurusan. Akhirnya menghasilkan game yang berjaya mendapat $725 juta yang terus ke dalam akaun majikan mereka."
Shuler mengakhiri dengan berkata "Perjuangan anda ialah perjuangan kami dan kami menantikan anda untuk menyertai keluarga union kami. Tidak kira lah jika anda adalah pembuat kopi di Santa Monica, pelayang restoran di Chicado atau pekerja lombong di West Virginia, semua orang berhak menerima tidak kurang daripada nilai kerja anda sepenuhnya."
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.