Berdasarkan laporan pendapatan Nintendo baru, mereka mendedahkan bahawa dalam tempoh enam bulan yang lalu, Switch telah berjaya menjual konsolnya lebih 5 juta unit, yang mana ia meningkat sedikit berbanding dengan tahun lepas.
Dengan peningkatan jualan ini, bermakna Switch mempunyai hampir dua kali ganda jualan Wii U, dan telah melangkaui jumlah keseluruhan GameCube. Pada masa ini juga, Mario Tennis Aces telah berjaya menjual lebih 2 juta copy games, sementara itu Donkey Kong Country: Tropical Freeze menjual lebih daripada 1.5 juta.
Keseluruhan tiga games Switch iaitu, Legend of Zelda: Breath of the Wild, Mario Kart 8 Deluxe dan Super Mario Odyssey telah terjual lebih daripada 42 juta copy Switch software setelah digabungkan antara games tersebut.
Seterusnya, Nintendo juga yakin jualannya akan meningkat lagi selepas mereka lancarkan dua game baru iaitu Pokemon: Let's Go, Pikachu! and Pokemon: Let's Go, Eevee! dan Super Smash Bros. Ultimate. Ia akan dilancarkan pada 16 November dan 31 Disember ini. Sebelum ini, Super Smash Bros untuk Wii u adalah best selling Switch yang keempat untuk Nintendo's console yang jualannya dari 5 juta ke 13.1 juta copy software. Menurut laporan itu juga, presiden Nintendo, Shuntaro Furukawa mengatakan yang syarikat mereka akan terus maju kehadapan dengan membuat banyak perkembangan baru untuk para penggunanya terutamanya yang setia dengan mereka. P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.