AMD kini banyak melabur dalam reka bentuk 7-nanometer. AMD telah mengumumkan di Horizon event, dimana kad Vega 7nm adalah untuk para profesional telah dibuat, dan butiran yang dilampirkan iaitu mengenai seni bina Zen 2 yang akan di-highlight dengan pemprosesan 64-core/ 128-thread Epyc yang bernama Rom.
Ia seperti kad Radeon Instinct yang berasaskan 7nm AMD yang telah diumumkan, Rom bukan untuk pasaran pengguna kerana ia adalah cip server. Walau bagaimanaun, Zen 2 sedang menuju untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Ryzen processor arus perdana AMD pada tahun depan. AMD mengatakan bahawa Zen 4 architectures dan 7nm + Zen 3 dalam on track.
Buat masa sekarang, AMD hanya berkongsi maklumat mengenai Zen 2 di server. Ianya adalah cip generasi Epyc akan datang yang menggabungkan sehingga lapan 7nm CPU "chiplets" dengan central 14nm I/O, menyokong lapan saluran DDR4 memori dan PCIe 4.0. Infinity Fabric adalah generasi kedua AMD yang dijadikan sebagai jambatan untuk berhubung.
AMD berkata, "Multi cip processor menggunakan teknologi proses 7nm untuk teras CPU 'Zen 2' yang mendapat kelebihan daripada teknologi canggih dan 14nm yang lebih baik untuk bahagian input/output cip. Hasilnya adalah prestasi yang lebih tinggi kerana lebih banyak teras CPU pada kuasa yang sama dan pembuatan lebih berkesan daripada reka bentuk cip monolitik tradisional".
Gerakkan pengawalan memori di dalam I/O perlu di-translate ke latency yang lebih rendah yang banyak disalurkn. Seterusnya, AMD juga memberitahu bahawa seni bina Zen 2 menyampaikan dua kali prestasi pengiraan untuk setiap soket dan empat kali prestasi terapung, berbandin dengan Epyc processor.
Sekiranya tuntutan berlaku, Rom akan buktikan peningkatan yang mengagumkan. Apa yang sebenarnya ada pada Ryzen, masih tidak diketahui. Tapi nampaknya 8-core chiplet kemungkinan akan menjadi pendekatan yang lebih baik, tapi bergantung pada (sesuatu part) pada berapa banyak cores/ thread AMD.
https://youtu.be/kC3ny3LBfi4 Sehingga kini, masih tidak dapat ketahui jangkaan clockspeed dari Rom processor dan berapa boleh capai untuk bahagian jam Zen 2 consumer. Berdasarkan peningkatan 25% AMD dalam prestasi dengan 7nm Vega, Zen 2 boleh bersaing secara langsung dengan Intel pada kelajuan jam, dan mungkin juga penambahbaikan lain untuk seni bina teras. Tahun depan CPU AMD menjadi pertama kali yang memegang kelebihan pembuatan nod proces ke atas Intel.Oh ya, AMD memberitahu para investor bahawa ia generasi Zen 2 seterusnya dengan teknologi 7-nanometer bakal dilancarkan pada tahun 2019.