Hai korang, so, dah lama sebenarnya abam tak bercerita dan sampaikan berita-berita untuk korang pembaca setia website RacunTech ni. Biasalah ada kekangan masa sedikit. Untuk hari ni, abam tak nak la cerita tentang berita semasa yang berlaku dalam dunia gaming dan juga tech. Yang itu, kawan abam akan sampaikan. Cuma, hari ini, abam nak bersembang sikit dengan korang akan game-game yang lama, dari zaman kecik korang yang korang rasa patut di lakukan remake. Untuk artikel kali ini, ianya berlandaskan dari Resident Evil 2 Remake sebenarnya, sebab abam tengok, selepas Capcom remake game Resident Evil 2 tu, fuhh, it's a big hit dalam industri gaming lagi-lagi untuk Capcom yang berjaya mengembalikan nostalgia para gamers semasa zaman PlayStation 1 dulu. Artikel kali ini merupakan pandangan abam dan juga game yang abam nak sangat sangat sangat di remake. Haaa, tak perlu nak berceloteh panjang, jom kita tengok game apa yang abam nak di remake (kalau boleh la ye) dan untuk kali ini, abam buat untuk versi PlayStation je lah.
Resident Evil 3: Nemesis (Capcom)
Well, of course abam nak game ni di remake, tipulah kalau korang tak nak kan. Bermain sebagai Jill Valentine berganding bahu dengan Carlos Olivera dan lawan Nemesis yang tak reti nak mati. Abam konfirm ramai gamer pernah main game ni kan? Dan abam jugak percaya mesti ianya akan meletup seperti Resident Evil 2 Remake.
Chrono Cross (Square Soft)
Abam merupakan kipas susah mati untuk game JRPG sebenarnya. Abam minat sangat game JRPG sebab gameplay yang menarik dan juga jalan cerita yang kadang-kadang agak mindblown. Macam Chrono Cross ni, dulu abam main masa zaman PlayStation 1 dan abam sangat suka jalan cerita dia yang akan buatkan korang terngiang tak tidur malam. Dah la karekter yang boleh dimainkan dalam game ni banyak, 44 orang wei. Tapi tak sebanyak Suikoden la, 100+.
Parasite Eve 2 (Square Soft)
Antara game zombie yang abam suka, tak tahu nak kata zombie ataupon mutasi, tapi lebih kurang macam game siri Resident Evil jugak la. Yang membuatkan abam suka pasal game Parasite Eve 2 ni, dia punya battle style yang korang boleh cast magic yang dipanggil Parasite Energy, kira kita pon as main character mutasi jugak la, tapi not to the extent sampai berubah rupa. Dan, berdasarkan artikel lepas, yang Square Enix ada mendaftarkan trademark Parasite Eve ni. Jadi, adakah harapan abam untuk game ni di remake akan menjadi satu kenyataan? Nantikan ye.
Vagrant Story (Square Soft)
Game ni kalau betul diorang nak remake, memang abam raya awal cerita dia. Serious game ni best gila! Kalau korang pernah main la. Sebab apa abam cakap game ni best, sebab dia punya battle system yang sangat mencabar. Kalau korang rasa siri game Souls (Dark Souls, Demon Souls dan BloodBorne) tu susah, korang kena main Vagrant Story yang bagi abam, lagi susah. Korang tak boleh nak lawan boss semata lawan, kena tahu equipment apa yang efektif, kelemahan boss tu, dan "counter". Harap ada lah remake dan korang boleh cuba untuk main.
Harvest Moon: Back to Nature (Natsume)
A go to game untuk abam bila rasa nak tenangkan diri. Harvest Moon lain abam tak minat, kecuali Back to Nature je. Tak tahu kenapa, tapi rasa macam siri Harvest Moon yang lain macam tak "in" gittew. Game ni tak perlu risau pasal mati ke apa ke, korang just kena tahu apa nak buat dari musim ke musim, tahun ke tahun sampai atuk korang datang balik ke ladang korang dan cara untuk dapatkan profit yang tinggi. Satu je la stress sikit, Hothouse hancur kalau berlakunya hujan kilat, tapi ada bug, tak silap korang letak anjing korang dalam Hothouse tu, dia tak hancur kalau hujan kilat datang.
Ahhh, sambil menaip ni pun, abam macam terngiang gameplay, lagu untuk game-game yang nyatakan di atas. Serious mengimbau kembali nostalgia untuk abam. Tapi, ini sekadar harapan dan impian abam la. Potensi untuk diorang remake ke apa, itu tertakluk kepada developer dan juga publisher game tersebut. Walau apa pun, just hope for the best and keep on playing game guys!
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.