Nvidia GeForce RTX 2070 Boleh Dibeli Pada Oktober 17

Baru-baru ini, Nvidia telah melancarkan RTX 2080 dan juga RTX 2080 Ti, dimana, sekarang, kedua-dua GPU tersebut telah pon boleh dibeli. Kali ini, RTX 2070 pula akan menyertai mereka tidak lama lagi, hanya tiga minggu sahaja lagi dari hari ini! October 17, Nvidia sendiri yang mengumumkannya di akaun twitter nya sendiri.

Di dalam tweet tersebut, Nvidia menyatakan yang GeForce RTX mula dijual pada harga $499 untuk rekaan referens dan $599 untuk Founders Edition. Lebih kurang MYR 2, 064.12 untuk rekaan referens dan MYR 2, 477.77 untuk Founders Edition. Spesifikasi referens untuk RTX 2070 adalah 1, 410MHz base clock dan 1, 620MHz untuk boost clock. Founders Edition pula mempunyai 90MHz overclock untuk boost clock dan solusi cooling yang menggantikan blower-style cooler yang digunakan oleh Founders Edition siri sebelum ini.

Harga yang diberi adalah penukaran direct, dan kalau betul harga dia dalam range yang diberi, bagi abam, takdelah mahal mana. Masih lagi mampu untuk dibeli. Tetapi, persoalannya, adakah ianya relevan untuk upgrade sekarang???

Leave a Comment

Scroll to Top