100Thieves: Artis Hip Hop Drake jadi pemilik bersama eSports team

Selepas membuat beberapa perubahan untuk organisasi, 100 Thieves kelihatan seperti menerima beberapa pelabur baru dan bersama pemilk baru. Pemilik baru itu tidak lain lagi adalah artis hip hop Drake.

Kini, Drake dan usahawan Scooter Braun akan menjadi pemilik bersama 100 Thieves, bersama juga CEO Mattew “Nadeshot” Haag dan Dan Gilbert, yang juga pemilik Cleveland Cavaliers. Pelabur baru yang lain dalam organisasi 100 Thieves adalaH Sequoia Capital, Wndrco, Marc Benioff, Tao Capital, Green Bay Venture, dan Advancit Capital.

Drake memainkan peranan sebagai Penasihat Strategik untuk 100 Thieves. eSports pernah bekerja bersama Drake sebelum ini, dengan lawatan untuk album “Scorpian”. Seterusnya, beliau juga akan bekerjasama dengan organisasi untuk pakaian baru. Manakala, Braun akan menyertai lembaga pengarah organisasi.



Sudah pasti boleh dilihat bahawa Drake tidak akan menyertai setiap aktiviti 100 Thieves kerana biasanya selebriti ini pasti banyak lagi tugas yang perlu dilakukan. Walau bagaimanapun, Drake menyatakan bahawa penglibatannya sendiri pasti akan mendapat perhatian yang besar terhadap organisasi eSports secara menyeluruh.

Sekarang, 100 Thieves mempunyai team dalam League of Legends, Call of Duty, Clash Royale, dan Fornite. Nadeshot, memberitahu bahawa akan ada plan untuk memhasilakan lebih banyak lagi games di masa akan datang.

*Meh kita tunggu dan lihat…

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: