MapleStory 2 akan dilancarkan 10 Oktober ini!

 

Ya, MapleStory 2 ada mod battle royale! Sis tahu yang semua peminat Fortnite tak sabar-sabar nak main game ni kan?

Nexon America telah umumkan bahawa MapleStory 2 akan dilancarkan pada 10 Oktober ini. MapleStory 2 dikeluarkan dengan sekuel 3D yang menarik peminatnya untuk main game ini dan banyak features baru seperti pelbagai alat penciptaan untuk pemain bina rumah dan persekitaran mereka tersendiri.

Game yang comel-comel ni memang sis suka! Dapat tahu pula dia keluarkan dengan sekuel 3D, memang seronok. Korang try tengok trailer kat bawah ni:

Dalam game MapleStory 2, ia mula dengan hidupkan patch pada semua premium features dan kedai-kedai. Mestilah mempunyai kepentingan tertentu juga seperti membaiki dan menambahbaikan bug kepada kawalan mouse dan keyboard.

Kalau korang perasan, dalam video tersebut, kebanyakkan ciri bangunan game juga telah dirombak balik dengan menambah banyak blok bangunan. Jadi, banyak lagi lah cabaran dia.

Okay, tak sabar nak tunggu 10 Oktober ni! Korang jangan lupa tau.



		
		
			

Leave a Comment

Scroll to Top