Fallout 76 dah ada di PC sekarang?!




Nampaknya Fallout 76 dah live dekat PC sekarang ni. Berita ini dilaporkan dari pemain dari seluruh dunia yang mana mereka baru sahaja main permainan tersebut. Sepatutnya permainan ini dilancarkan pada hari ini, Rabu, 14 November 2018, tapi ada pemain yang mengatakan mereka sudah boleh main sejak dari semalam lagi pada 13 November 2018.

Jadi, Fallout 76 ini keluar lebih awal sikit lah kan? Mungkin ikut masa dunia sebab itu keluar awal.

Preloading untuk permainan ini telah bermula pada hari ini untuk mereka yang telah membuat pre-order permainan, yang diumumkan oleh Bethesda di Twitter lebih awal. Jika korang buat nak buat pre-order, scroll ke bawah untuk ketahui retailer apa yang tidak ada belian untuk permainan Fallout 76. Okay, sambung bacaan dibawah.

Kalau korang nak tahu, Fallout 76 ini tidak dilancarkan di Steam buat masa sekarang, jadi, seperti beta ia hanya boleh dimainkan melalui Bethesda sendiri. Korang boleh download di laman web Bethesda.net untuk dapatkan permainan ini. Fallout 76 mempunyai beberapa edisi yang berbeza seperti Fallout 76 Tricentennial Edition, Fallout 76 Power Armor Edition dan Fallout 76 Collector’s Edition.

Untuk Fallout 76 Tricentennial Edition, ia datang dengan item bonus yang boleh di download dan mempunyai pilihan di laman web Bethesda. Korang akan dapat Tricentennial Power Armor yang eksklusif untuk beberapa model yang berbeza serta custom senjata Tricentennial untuk pistol, gim dan senapang laser. Bukan itu saja, korang akan dapat juga outfit yang bertemakan Uncle Sam dan mendapat poster, frame dan saluting emote.

Selain itu, untuk Fallout 76 Power Armor Edition adalah satu-satunya edisi yang versi fizikal, dimana ia datang dengan semua steelbook, 24 patung Fallout, maps berwarna gelap dan helmet yang boleh dipakai.

Seterusnya, Fallout 76 Collector’s Edition yang datang dengan versi Pip Boy, korang boleh bina diri korang sendiri, kalau itu yang selalu korang nak buatkan. Ia juga dilengkapi dengan kes display.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



 








Laman Social Kami

Komen Terkini

  • author image
    joker 123 says:
    I do consider all of the ideas you have introduced on your post. They are very convincing and can d...
  • author image
    cat hat says:
    Hey there! Would you mind if I share your blog with my facebook group? There's a lot of people that...
  • author image
    Ara says:
    Hi there! Such a great short article, thanks!...
  • author image
    Kendrick says:
    Can you inform me what system are you utilizing on this internet site?...
  • author image
    chris handrian says:
    ini keluar alpikasi nya kapan apakah masih 2 tahun lagi...
%d bloggers like this: