Hanya perlu menjerit untuk kawal permainan?!

AhhhHhhhh!

Sis tengok tweet dari akaun Twitter itch.io creator, mengenai Tonsil Terror game. Game ini hanya perlu menjerit untuk elakkan hantu datang ke pemain.



Apabila korang main game ini, rupa uvula dan gigi dipaparkan sebagai pemain yang mana korang boleh lihat video seperti dibawah ini. Korang perlu main dengan penuh perasaan dengan menjerit dan lakukannya dengan real, dimana menjerit ke mikrofon korang. Pasti korang punya jeritan lain daripada yang lain. Kalau uvula itu bergoncang saja, ia akan paparkan keadaan diluar. Actually, korang tak perlu pun menjerit sekuat hati, yang penting ada bunyi yang kuat. Matlamat dalam Tonsil Terror ini adalah untuk mengumpul gula-gula dan bagi sis ia kurang menyeronokkan. Tapi, kepada sesiapa yang mahu main game ini, korang boleh praktis pari-paru korang untuk dapatkan oksigen apabila menjerit. Kebanyakkan main game mesti akan ada masa nak menjerit. Betul?

Tonsil Terror dicipta oleh Papercookies. Korang bolehlah try main game ini. Penat anak tekak. haha

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Leave a Comment

Scroll to Top