Kemungkinan Twitter akan hapuskan button “LIKE”. Kenapa?

CEO dan Co-Founder Twitter, Jack Dorsey mengakui yang platform Twitter akan hapuskan button ‘LIKE’ yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti perbahasan di rangkaian sosial. Feature ini diperkenalkan pada tahun 2015 untuk menggantikan button ‘FAVOURITE’, button yang berbentuk bintang.

Twitter dan Facebook dikenali sebagai satu tempat media sosial yang menjadi pusat tumpuan orang ramai untuk mengetahui berita-berita terkini. Bukan itu saja, malah tempat penyebaran berita palsu (cyber-bullying) juga yang makin ramai masyarakat kini buat untuk menarik perhatian . Tapi, dulunya Facebook paling popular, sekarang Twitter juga telah menjadi tempat tumpuan utama untuk anak muda kini. Sejak bulan Julai yang lalu, Twitter mengumumkan yang platform itu telah mengeluarkan berjuta-juta pengikut palsu, lebih 6% daripada pengguna keseluruhannya.

Menurut laporan USA hari ini, Dorsey muncul sebelum Kongres baru-baru ini untuk menjelaskan bagaimana Twitter menangani isu-isu tersebut. Dia juga bercakap dengan majalah Wired pada awal bulan ini tentang isu-isu button ‘LIKE’.

Button serupa untuk ‘LIKE’ atau menunjukkan penghargaan terhadap update status, gambar dan video status orang telah menjadi fungsi utama setiap perkhidmatan media sosial yang popular sejak Facebook memperkenalkannya. Tetapi psikologi telah mencadangkan bahawa mereka mungkin menyebabkan ketagihan media sosial dan akan menyebabkan perkara yang tidak sihat dikalangan masyarakat media sosial.

Pada bulan Mei lalu, Twitter telah memberi peringtan kepada penggunanya untuk menukar kata laluan mereka kerana ada internal glich, manakala 50 juta account security Facebook telah dikompromikan hanya pada bulan September lalu.

Korang semua berhati-hatilah dan jangan mudah percaya dengan segala penyebaran palsu yang kita tidak tahu mana asalnya tau.



P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

 



		
		

[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: