Lian Li DK-04 dan DK-05, Meja Bermotor, Inovasi Terkini!

Tadi saja abam duk scroll Facebook, tetiba, abam ternampak ada satu post pasal satu meja harga 7k lebih, yang satu lagi 8k lebih. Fuhhh~ Garu kepala kejap. Meja apa sampai macam tu sekali harga. Usha punya usha, rupanya, meja ni dari Lian Li. Ada tiga jenis DK-03, DK-04, dan DK-05. Tapi, kali ni, aku nak tulis pasal DK-04 dan DK-05. Ianya sebenarnya bukan sekadar meja, tetapi casing untuk PC. Ianya sangat menarik untuk kita semua yang menyertai PC Master Race! Jom kita tengok apa Specs dia.

DK-04

Ini merupakan spesifikasi untuk Lian Li DK-04, sangat menarik kerana ianya support mobo E-ATX, ATX dan juga Micro-Atx. Selain dari pada itu, material yang digunakan untuk body dan juga leg, merupakan material yang bagus. Dilengkapi dengan RGB LED untuk membuatkan ianya lagi menarik. Di bawah merupakan Imej dan juga video untuk Lian Li DK-04. SRP untuk Lian Li DK-04 adalah MYR 7, 599.

DK-05

Ini pulak, spesifikasi untuk Lian Li DK-05. Dari segi kebesaran, DK-05 lagi besar berbanding dengan DK-04. Untuk DK-05, korang boleh pasang 2 mobo dan juga 2 GPU. Untuk mobo, slot pertama support E-ATX. Untuk slot ke dua, korang boleh letak sama ada E-ATX atau Mini-ATX. Masih menggunakan Material yang sama untuk Front Panel dan Side Panel, iaitu Aluminum dan juga Iron. Di bawah ni, imej dan juga sedikit sedutan video. SRP untuk Lian Li DK-05 ni pulak adalah MYR 8, 599.

Ini merupakan casing yang menarik yang pernah aku tahu, sangat inovatif. Mungkin ini kali pertama abam pernah nampak la, kot orang lain dah tahu or ada diantara kita, dah pernah pakai. Tapi, ada ke yang sanggup beli sampi 7-8 ribu? Kalau dah kaya sangat, sampai duit tak tahu nak buat apa, boleh la kot.

 




 

Leave a Comment

Scroll to Top