Nvidia dah hentikan keluaran RTX 2080 Ti!

author image by Moon | pc | 0 Comments | 19 Nov 2018



Sebelum ini, sis ada beritahu yang Nvidia RTX 2080 Ti mempunyai masalah pada sesetengah kad grafik tersebut kan? Setiap hari ramai yang melaporkan kad grafik ini ada tidak boleh berfungsi. Sehingga kini ia telah dikritik oleh pembeli. Dan Nvidia mengatakan mereka tidak lagi keluarkan produk RTX 2080 Ti termasuk jualan online.

Sejak pelancaran kad grafik Turing, banyak pula laporan yang menyatakan kad grafik Nvidia tidak berfungsi dengan baik dan rosak. Ramai yang mengadu RTX 2080 Ti tidak boleh pakai dan sangat terjejas. Di forum Nvidia, banyak kenyataan yang kes ini semua dari Turing baru. Founder Edition juga terjejas, tapi kad grafik dari AIBs semakin mengalami masalah. Dikatakan, masalah ini berlaku disebabkan kecacatan dalam dua cip graphic memory. Sebenarnya, Nvidia sendiri belum keluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai kecacatan itu, tetapi ramai yang dah membuat laporan bahawa pengguna mempunyai masalah besar denga kad ini.

Baru sekarang, syarikat Nvidia sendiri baru bereaksi yang mengatakan kad garfik tersebut mempunyai masalah dan mereka telah memberhentikan penjualan RTX 2080 Ti. Tiada lagi versi kad grafik ini boleh didapati di kedai Amerika Syarikat. Di laman web Nvidia juga telah di paparkan ‘tidak tersedia’ untuk kad grafik tersebut, maksudnya mereka tidak lagi keluarkan.

Justeru itu, nampaknya Nvidia tidak lagi menjual model Turing flagship di laman webnya. Harapnya keluaran versi akan datang tidak ada masalah sebegini lagi. Ada je yang setengah boleh pakai, tapi itulah, banyak yang mengadu ada masalah. So, sikit jela yang boleh berfungsi.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.







[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: