#RacunTips – Cara Untuk Memilih PSU

Power Supply Unit (PSU) adalah komponen PC yang sangat penting. Yelah, kalau takde, acane nak hidup PC korang tu, betul? Fungsi utama PSU adalah untuk membekalkan elektrik kepada komponen PC korang yang lain. Selain dari pada itu, ianya dapat mengubah arus AC kepada arus DC dan sekaligus, mengasingkan atau mengagihkan mengikut nilai ataupun nisbah mengikut komponen yang dipakai. Kebanyakan pengguna bleh dikatakan mengabaikan kepentingan PSU ni.Tahu tak ianya sangat penting? Dianggap sebagain jantung, kalau rosak jantung tu, rosak la PC korang. Jadi, kali ini, abam nak bagitahu korang, macam mana nak pilih PSU mengikut kesesuaian dan keperluan PC korang. Jom, teruskan bacaan korang ye.

Tips Memilih Power Supply:

  • Mula sekali, korang perlu kira jumlah Watt yang diperlukan oleh PC korang. Korang boleh kira dengan menggunakan OuterVision Power Supply Calculator.
  • Cari PSU yang sesuai dengan apa yang korang dah kira.
  • Masa korang tengah survey dan mencari PSU, jangan cari yang murah, sebab belum tentu yang murah itu bagus.
  • Korang boleh survey PSU Rating di Internet.
  • Jika mampu, carilah PSU yang memang terbukti terbaik seperti Corsair, Aerocool dan banyak lagi.
  • Kalau boleh, carilah PSU yang mempunyai spesifikasi Bronze atau pun Bronze+. Bukan sebarangan PSU tau kalau ada Bronze+ ni. Even yang Bronze 80 ni pun boleh kata dah cukup bagus untuk memanjangkan lagi lifespan PC korang.

Formula Mengira PSU

PSU mempunyai 3 unit, iaitu Watt, Volt dan juga Amp:

W = Watt

V = Voltage

Amp = Ampere

jadi, W = V*A

Selain daripada itu, dalam PSU mempunyai rail. Apa itu rail? Bukan rail keretapi tau. Rail adalah jalur yang terdapat dalam PSU dan ditugaskan untuk menghantar arus AC ke DC untuk komponen komputer korang. Rail ni sangat la penting dalam menentukan nilai output berbentuk Watt berdasarkan susunan kabel yang terdapat dalam PSU korang.

Mengetahui Power Supply Yang Terbaik

  • Of course harga yang mahal, kerana mereka akan menggunakan peranti yang ber gred tinggi dan terbaik untuk sesebuah PSU mereka
  • Berat. PSU yang baik lebih berat berbanding PSU yang biasa
  • Nombor UL yang hanya dikeluarkan oleh pengeluar sahaja
  • Spesifikasi Voltage dan juga Amp dinyatakan di Body PSU korang
  • Mempunyai Active Power Factor Correction (PFC), Over Voltage Protection, dan juga Continuous Output. Apa tu?

Active Power Factor Correction (PFC) adalah satu jaringan spesifik untuk mengukur efficiency penggunaan elektrik.

– Over Voltage Protection adalah kelebihan PSU untuk cegah daripada lebihan Voltage

– Continuous Output adalah kemampuan PSU untuk memberi Volt untuk setiap saat

Jadi, buat masa ini, ini sahaja #RacunTips kali ini. Apa sahaja persoalan korang boleh ke Facebook Page Racun Tech dan bertanyakan soalan. Kalau nak buat PC pun, korang boleh PM kami di Facebook Page yang sama. Nantikan banyak lagi #RacunTips pada masa hadapan dengan pelbagai info dari tentang PC, sehingga ke dunia Gaming, InsyAllah.

1 thought on “#RacunTips – Cara Untuk Memilih PSU”

Leave a Comment

Scroll to Top