TM kena kritikan keras dari orang awam sebab kenaikan harga Unifi??



TM orang ramai telah membuat banyak laporan dan kritikan keras kepada syarikat TM mengenai kenaikan harga Unifi yang akan membebankan pelanggan selepas kontrak 24 bulan berakhir. Terdapat kegelisahan awam dan kemarahan daripada pelanggan TM unifi 100 Mbps yang menyedari bahawa mereka akan terbeban dengan membayar harga yang tinggi untuk unifi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh mengatakan di twitternya, dia akan meminta laporan mengenai perkara ini. Tapi pada Sabtu lepas, sis dapati di Facebook TM Group, mereka memberikan respons yang menyatakan mereka tidak akan menaikkan harga selepas kontrak 24 bulan. Mereka juga akan kekalkan caj langganan bulanan RM129 yang sama walaupun kontrak sudah tamat. Kemudian, mereka akan update lebih lanjut di laman web dalam masa terdekat.

Jadi, tak betullah kenaikan harga ini? Hmm. Tapi agak-agak sampai bila TM nak kekalkan harga unifi RM129 ni kan? Tak mungkin mereka tak akan naikkan harga sebab mereka sendiri cakap, apa-apa update akan diberitahu di laman web. Adakah update tersebut mengenai perubahan harga? haa, kita tunggu dan lihat lah update apa yang mereka nak keluarkan.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.






Laman Social Kami

Komen Terkini

  • author image
    joker 123 says:
    I do consider all of the ideas you have introduced on your post. They are very convincing and can d...
  • author image
    cat hat says:
    Hey there! Would you mind if I share your blog with my facebook group? There's a lot of people that...
  • author image
    Ara says:
    Hi there! Such a great short article, thanks!...
  • author image
    Kendrick says:
    Can you inform me what system are you utilizing on this internet site?...
  • author image
    chris handrian says:
    ini keluar alpikasi nya kapan apakah masih 2 tahun lagi...
%d bloggers like this: