Call of Duty Black Ops 4 Akan Jadi Battle Royale?!

Wuish~ Sangatlah terkejut bila dapat berita yang CEO Activision, Bobby Kotick, mengatakan syarikat mereka sangat bagus dalam menerima inspirasi. Lagi-lagi sekarang demam game bergenre Battle Royale. Hampir setiap bulan, ada je berita tentang game Battle Royale. Korang mesti tahu yang Activision, sangatlah terkenal dengan game bersiri Call of Duty. Adakah dengan diinspirasikan dari genre Battle Royale, projek baru mereka, iaitu Call of Duty Black Ops 4 (COD BO 4), akan menjadi Battle Royale jugak? Korang nak tahu lagi berita lanjut? Jom, follow abam dalam entri dunia gaming pertama untuk RacunTech!