Gaming
Posted in

Fallout 76 BETA, Guide Untuk Dapatkan ‘Best Performance’

Posted in

Abam percaya yang ramai di kalangan pengikut dan juga pembaca Racuntech ni, mereka adalah yang bangsawan dan juga, terlibat dalam kejar mengejar PC (PC Master Race) yang takkan pernah ada penghujungnya. Dan, dikalangan korang, mesti ada yang minat akan siri game Fallout kan? Jadi, berita baik, diperkatakan yang Fallout 76 BETA akan dilancarkan tidak lama lagi! Khabar angin kata selasa (Mungkin jugak Rabu kalau ikut timezone). Untuk hari ni, aku nak kongsikan sedikit, bagaimana untuk korang dapatkan ‘Best performance’ untuk main Fallout 76 ni.

Mula-mula, abam nak korang tengok dulu, graphic settings untuk Fallout 76 B.E.T.A ni:

Dari gambar di atas, korang nampak graphic setting dia meluas. Bermaksud, banyak setting yang korang boleh bermain di sini, untuk mendapatkan prestasi dan jugak grafik yang cantik. Secara asasnya, ada 6 setting yang korang boleh ubah, tapi, 3 je setting yang betul-betul akan memberi kesan terhadap performance korang.

Presets: Low/ Medium/ High/ Ultra. Orang kata yang High dan juga Ultra nampak sama/lebih kurang dan tambah prestasi dalam 5% lebih laju (kalau preset high) dan untuk Medium pulak, akan boost performance kepada 25% dan Low, akan boost performance korang dari 35-40%.

Texture Quality: Low/ Medium/ High. Tidak memberi apa-apa kesan walaupun, korang drop sehingga Low.

Water Quality: Low/ Medium/ High. Tidak memberi apa-apa impak kepada prestasi korang kalau korang drop sampai Low.

Lighting Quality:  Low/ Medium/ High. Setting yang paling demand sekali, letakkan di Low setting dan korang akan dapat 12% boost Performance.

Shadow Quality: Low/ Medium/ High. Dari Ultra ke Low, korang dapat boost performance ke 4%.

Shadow Distance: Low/ Medium/ High. Setting kedua paling demand. Low akan boost framerates korang sehingga 7%.

Abam nak tunjuk sikit perbezaan secara visual untuk preset (1080p):

Kalau korang nak tahu, game Fallout 76 ni boleh dimainkan dengan menggunakan GPU NVIDIA GTX 1060 6GB, dengan resolusi 1080p dan korang boleh dapat 60fps! Pergh! optimized betul ek game Fallout 76 ni. Terbaik ah Bethesda! Apapun, ini sekadar perkongsian dari abam untuk mereka yang telah pon mempunyai akes untuk memainkan game Fallout 76 B.E.T.A.

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST