Kenapa dengan Organisasi ANSARA FEAR??



ANSARA e-Sports telah mengadakan tournament terbesar di Malaysia yang dinamakan sebagai FEAR iaitu Female Esports Asian Roundup. Tournament yang dibuat adalah ANSARA FEAR CS: GO Grand Final yang ditawarkan kepada pemain esport wanita untuk membuka peluang mereka bermain di peringkat lebih tinggi.

Event ini dijalankan bermula dari 9 November 2018 sehingga 11 November 2018 di Kuala Lumpur, Malaysia. Ramai yang hadir untuk menyaksikannya, tapi mereka yang hadir dan para peserta tidak puas hati dengan organisasi ANSARA. Kenapa?

Sepatutnya dalam tournament ini penuh dengan sorakan dan persaingan yang membuatkan semua orang berasa seronok tapi kali ini sebaliknya. Ramai yang kecewa dengan management yang kurang memberasangkan dan mengabaikan kesejahteraan pemain.

 

Berdasarkan beberapa laporan dan akaun terperinci dari Duta BenQ Azween, mengenai kekhawatiran pasukannya sendiri, para penganjur telah melakukan dan menyediakan pengurusan secara baik dalam acara tersebut. Para perserta terpaksa tunggu lebih lama untuk bermain. Ia membazir masa yang membuatkan mereka bengang.

Satu daripada kebimbangan yang utama adalah komunikasi yang tidak sempurna antara tuan rumah dan pasukan penyertaan. Berikutan pasukan yang layak untuk ke tournament ini sepatutnya disediakan dengan tiket dan penginapan di Kuala Lumpur dengan ebih awal sebelum menjelang acara itu bagi yang tinggal jauh.

Tapi, butiran semua itu hanya diberitahu dalam masa sehari sahaja sebelum penerbangan dan kekurangan komunikasi dari pihak tuan rumah. Cik Azween memberitahu bahawa pasukannya, Sphynx terpaksa memikir dan mencari jalan sendiri untuk mereka menginap di Kuala Lumpur tanpa bantuan tuan rumah kerana mereka tidak mengambil kisah.

Cik Azween memberitahu lagi bahawa, tuan rumah sepatutnya membuat pengurusan kejohanan ini dengan betul, menjaga para peserta dan menyediakan segala keperluan mereka secara terperinci seperti, membuat jadual dan memberitahu para peserta tentang segala perjalanan semasa tournament ini termasuklah penerbangan dan peginapan peserta. Bukan itu sahaja, pihak tuan rumah juga perlu pastikan yang para peserta sampai ke tempat tersebut dengan selamat.

Selain itu, pihak ANSARA mewajibkan semua pasukan hadir di tempat itu pada jam 8.30 pagi waktu Malaysia tapi mereka tidak memberikan bantuan pun. Ini juga salah satu yang membuatkan pasukan penyertaan berasa bengang.

Ada sesetengah pasukan tidak dapat bemain dengan masa dan jadual yang ditetapkan atas sebab kelewatan. Kekurangan stesen permainan yang sepatutnya juga kurang mencerminkan yang pihak organisasi berusaha untuk menyediakan segala keperluan kepada pemain.

Tapi, Cik Azween menjelaskan bahawa kritikannya tidak bertujuan untuk fight kerana kemungkinan pihak tuan rumah telah berusaha sebaik mungkin untuk lancarkan segalanya dengan apa yang mereka tangani.

Walau bagaimana pun, Malaysia perlu lagi untuk tingkatkan usahanya ke tahap yang lebih tinggi untuk Asia Tenggara dari segi esport dengan lebih baik sehingga capai ke antarabangsa.

*Apa pun, kalau kita sebagai tuan rumah, perlulah awal-awal rancang segala sebelum, semasa dan selepas acara dengan baik untuk para tetamu dan peserta supaya segalanya berjalan lancar dan memuaskan hati orang ramai. Kalau tak, memang semua orang tak puas hati sebab membazir masa, dan tenaga. Betul tak?

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.









Laman Social Kami

Komen Terkini

  • author image
    joker 123 says:
    I do consider all of the ideas you have introduced on your post. They are very convincing and can d...
  • author image
    cat hat says:
    Hey there! Would you mind if I share your blog with my facebook group? There's a lot of people that...
  • author image
    Ara says:
    Hi there! Such a great short article, thanks!...
  • author image
    Kendrick says:
    Can you inform me what system are you utilizing on this internet site?...
  • author image
    chris handrian says:
    ini keluar alpikasi nya kapan apakah masih 2 tahun lagi...
%d bloggers like this: