#RacunTips – 8 Kelebihan Ryzen APU | Gaming Rig Tanpa Graphic Card

Korang mesti tak percaya, kan yang korang actually boleh buat PC yang boleh support e-sport title game macam Dota 2, CSGO, Overwatch dan e-sport game yang lain tanpa menggunakan Graphic Card? Serius possible beb, dengan teknologi Ryzen APU (all-processing-unit) yang terbaru iaitu Ryzen 3 2200G.

So Ryzen 3 2200G ni actually adalah Processor yang dia datang sekali dengan built-in iGPU yang performance dia boleh tahan power, yang boleh support e-sport title games yang latest, beb! Antara game-game yang tested with this APU, anda boleh refer kat sini, or actually kat Youtube, ada banyak gile game yang reviewer dah successfully test.

Kenapa nak main game tanpa Graphic Card? Kan lebih power kalau ada graphic card, kan? Yes memang betul, power klau pakai graphic card, tapi bayangkan harga graphic card abam bagi contoh GTX1050ti sekarang ni pun dah RM800 dan ke atas, so kalau korang boleh gaming tanpa graphic card, korang dah jimat, at least RM800 tau!

So now, abam nak tolong korang list-kan kelebihan PC Gaming Ryzen 3 2200G tanpa GPU ni, harap korang dapat hadam baik-baik. Hehe.

Kelebihan #1 – Jimat duit kat Graphic Card

So macam yang abam share kat atas tadi, korang dah jimat duit kat GPU, sebabnye Ryzen 3 2200G ni dah datang dengan iGPU or bahasa pasarnya built-in GPU (Graphic Processing Unit) yang cukup power untuk tampung banyak gile game-game yang terbaru. Kalau korang nak tau lebih lanjut, abang dah tulis satu article tentang game apa yang iGPU Ryzen 3 2200G ni boleh support, korang boleh refer kat sini.

 

Kelebihan #2 – Jimat duit kat Processor Ryzen 3 2200G

Korang dah lah dapat built-in GPU percuma yang datang sekali dengan Ryzen 3 2200G ni, and kalau korang nak tau, performance Ryzen 3 2200G ni, dah kalahkan performance Intel Core i5-7400 tau! Kalau tak percaya nah abam bagi bukti, dah lah kalahkan dari segi performance, dari segi harga pun jauh gila beza beb, so apa lagi korang nak? Korang beli je lah! Haha!

 

Kelebihan #3 – Jimat duit kat Motherboard

Ni abam nak share sikit tips nak jimat beli PC gaming, korang beli je motherboard yang paling basic. Selalunya motherboard ni kurang effect kat performance PC Rig korang, unless korang nak go for high-end punya gaming (bajet RM5000 ke atas) then yes motherboard tu beri impact yang besar kepada performance. Contoh korang nak pakai multi-Graphic Card la, korang nak overclock RAM, CPU ke, then baru korang consider utk spend banyak sikit kat motherboard. Tapi untuk bajet PC rig bawah RM5000, basic motherboard pun dah serve the purpose dah, tak perlu spend mahal-mahal kat motherboard, end-up korang akan membazir.

So untuk basic ataupun entry-level motherboard, motherboard AM4 sebenarnya adalah paling murah, kalau korang pegi Lelong ke, Lazada kea tau kedai2 yang terdekat, korang tanya, motherboard Intel 8th Generation dengan motherboard AM4 yang paling basic, confirm-confirm motherboard AM4 untuk Ryzen 3 2200G ni yang lebih murah. Dan biasanya motherboard AM4 ni ada ciri extra iaitu dia support M.2 SSD (which biasanya basic motherboard untuk Intel tak ada), so dah lah motherboard murah, ada extra functionality lagi. So kat sini korang dah TIGA kali jimat, apa lagi ko nak? Haha!

Kelebihan #4 – Senang nak upgrade!

Ok, so tadi korang dah beli PC rig tanpa GPU, and korang main game, and korang rasa nak main game yg lebih padu, yang memerlukan more graphic power. Senang je kerja korang, korang tinggal beli graphic card, and pasang je kat graphic card slot tu. Senang!

Katakanlah korang beli PC yang dah ada GPU, then korang nak upgrade, tak ke menyusahkan diri korang nak jual GPU lama untuk dapat modal then baru boleh beli GPU baru, jimat lagi dah kat sini, jimat masa beb!

And kalau korang nak tahu Ryzen 3 2200G ni boleh support up-to GTX1060 6GB tanpa bottleneck, kan power dia lebih power drpd Intel Core i5-7400 tadi, kan? Senang beb upgradasi!

And bagi sapa-sapa yang tengah tunggu kemunculan Nvidia punya Graphic Card terbaru (11th Series), korang dah tak perlu risau dah, beli je la set Ryzen 3 2200G dulu, GPU baru released, korang beli, slot-in je lah, apa ada hal!



Kelebihan #5 – Survivality yang tinggi

Ini merupakan idea daripada one of our readers yang dia dah share dia punya idea tentang kebaikan APU Ryzen 3 2200G ni (thanks Fikace!). Tahap supportability yang tinggi. Abam bagi situasi di mana kalau-kalau, just in case Graphic Card korang rosak dan perlu hantar kepada warranty dan sebagainya. Dengan Ryzen 3 2200G APU, kalau GPU korang rosak, dan sementara tggu repair, at least korang ada “backup plan” di mana Ryzen 3 2200G still boleh run game korang beb. Nampak tak kelebihan, power kan?

 

Kelebihan #6 – Jimat penggunaan elektrik

Of course la kan, sebab korang tak perlukan electric kepada graphic card, sebab korang tak perlu pakai graphic card pun! Selalunya graphic card yang draw power yang banyak untuk process graphical content. TDP GPU kebiasaannya antara yang paling tinggi berbanding komponen-komponen PC kita yang lain.

Dan if korang choose to tak pakai GPU, korang maybe boleh juga jimat tang Power Supply, kalau nak ikutkan, if rig tanpa GPU, psu 300W pun dah ok, aik, jimat lagi, banyak betul jimat ni. Hehe.

 

Kelebihan #7 – Beli PC, bayar 2 kali

Boleh ke beli PC bayar 2 kali? Boleh, dengan Ryzen 3 2200G! Macam mana? Meh abam sharing-sharing.

Pembelian pertama, korang spend kat komponen-komponen yang boleh run PC korang untuk main e-sport title gaming. Korang beli Ryzen 3 2200G, motherboard, RAM, SSD, Casing & Power Supply dulu. Dah ngam dah boleh main game ni. (Suggested list of products untuk budget bawah RM1,500 korang boleh refer sini).

Katalah next gaji, then boleh beli Graphic Card GTX1060 6GB dalam RM1300-RM1500, or GTX1050 4GB RM800-RM1000, dah siap complete rig, kan beli PC 2 kali bayar tu. Tak perlu risau pasal interest, tak perlu risau kena blacklist bank, etc. Clean and Steady beb.

 

Kelebihan #8 – Jimat ruang

Adeh berapa banyak jimat daaa, haha. Tanpa keperluan GPU, kita actually boleh jimat bukan sahaja ruang dalam rig, tetapi ruang di atas meja. Untuk PC Rig tanpa GPU ataupun penggunaan GPU berukuran SFF (Small-Form-Factor), kalau korang nak tau, meh abam nak share, kat dunia ni ada wujud casing ber-size SFF yang memang menjimatkan ruang. Nah abam bagi contoh gambar sikit, tengok saiz dia, memang betul jimat ruang. Botol air lagi besor!

Dan korang jangan risau pasal upgrade, sebab GPU pun actually ada yang bersaiz SFF, orang panggil GPU Low Profile. Nah alang-alang abg bagi contoh sikit.

So that’s the 8 kelebihan Ryzen APU, Ryzen 3 2200G yang berciri-ciri 4 cores 4 threads 3.7GHz, sama power dengan i5-7400, tapi lebih murah. Kalau korang baca balik, memang korang boleh jimat, jimat dan jimat. Ryzen APU actually ada model yang mempunyai 4 cores 8 threads sama macam Intel Core i7, iaitu Ryzen 5 2400G bagi yang teringin untuk lebihkan processing power.

Kami memerlukan feedback anda, if korang rasa ada kelebihan-kelebihan Ryzen APU yang kami tertinggal untuk cover, so feedback anda adalah kebanggaan kami.

And bagi yang berminat untuk buat Rig hebat ini, boleh pm je Facebook page kami RacunTech, in shaa Allah, kami akan available di mana anda memerlukan kami. Terima kasih!



  • author image
    Blizzard Wind Reply
    May 24, 2018 @ 3:53 am

    cuma ram jer agak mahal pada masa ni

    • author image
      Nik Kamil Reply
      Jul 4, 2018 @ 14:50 pm

      bos dah murah skarang. jom beli!

  • author image
    Blizzard Wind Reply
    May 24, 2018 @ 3:53 am

    Cuma ram jer agak mahal

  • author image
    Muhammad Haikal Reply
    Jul 3, 2018 @ 4:27 am

    tapi main pubg FPS keep drop even ader GPU tau 1050TI lagi…yela no wonder la murah tapi ape aq suka ryzen ni..dia memang power kat streaming so main game sambil streaming takder teruk mana…still can’t beat intel….what i can say Ryzen 3 2200G best budget processor…nak power ambik R5 2400G ke haa tu power

Komen Terkini

  • author image
    joker 123 says:
    I do consider all of the ideas you have introduced on your post. They are very convincing and can d...
  • author image
    cat hat says:
    Hey there! Would you mind if I share your blog with my facebook group? There's a lot of people that...
  • author image
    Ara says:
    Hi there! Such a great short article, thanks!...
  • author image
    Kendrick says:
    Can you inform me what system are you utilizing on this internet site?...
  • author image
    chris handrian says:
    ini keluar alpikasi nya kapan apakah masih 2 tahun lagi...
%d bloggers like this: