Razer bina keyboard mekanik tenkeyless yang sesuai untuk kerja dan main game!



Razer telah banyak hasilkan produk untuk kegunaan pelanggannya. Kali ini, Razer telah membina satu keyboard baru yang boleh digunakan untuk kerja dan bermain permainan. Ramai orang tidak suka gunakan gaming keyboard untuk membuat kerja kerana bunyi keystroke itu boleh menganggu orang lain. Tapi kali ini mungkin tidak lagi sebab Razer telah memperkenalkan keyboard baru mereka iaitu BlackWidow Lite  yang dikenali sebagai keyboard mekanikal ‘discreet’.

Idea ini dipilih untuk memberi pengguna menggunakan keyboard yang boleh digunakan untuk membuat kerja dan bermain permainan. BlackWidow Lite juga merupakan produk tambahan baru kepada Razer, termasuk Atheris dan Goliathus Mobile Stealth.

Keyboard ini didatangi dengan reka bentuk yang mempunyai tona. Ia memancarkan backlight LED putih bukan hijau atau RGB seperti terdapat dalam keyboard lain. Razer mengatakan, ini dibuat untuk membina persekitaran yang kelihatan profesional.

Seterusnya, perkara yang menarik, Razer memilih faktor bentuk tenkeyless, pad nombor yang berdedikasi untuk reka bentuk yang padat. Biasanya, kalangan profesional ini tidak mempunyai ruang meja yang besar dan memang sesuai sekiranya mereka menggunakan keyboard ini kerana ia padat dari segi saiznya. Tapi ia tidak sesuai untuk mereka yang bekerja sebagai akauntan sebab mereka banyak buat kerja dengan nombor-nombor.

Di samping itu, Razer memilih suis utama mekanikal Orange kerana kedua-dua sentuhan dan ianya tiada bunyi (menganggu orang lain). Dibawah ini, korang boleh lihat untuk spesifikasi teknikal keyboard ini;

  • Actual force: 45G
  • Travel distance: 4mm
  • Actuation point: 1.9mm
  • Actuation vs reset point: 0.05mm

Selain itu, pada asasnya, versi Razer Cherry MX Brown, yang juga mempunyai sentuhan tanpa ada bunyi, tapi dengan sedikit actuation point (1.9 mm berbanding 2 mm). Orange sebenarnya memberikan lebih banyak kelebihan.

Bukan itu saja, BlackWidow Lite juga mempunyai matte aluminium plate. Ia dilengkapi dengan braided fiber cable yang boleh dilepas, peralihan dengan anti-ghosting, game mode yang disable untuk key Windows dan Alt + Tab, dan key yang boleh diprogram sepenuhnya dengan rakaman on-the-fly macro.

Harga untuk BlackWidow Lite ini tersedia dengan harga $89.99 dan dilengkapi dengan keycap puller.





Laman Social Kami

Komen Terkini

  • author image
    joker 123 says:
    I do consider all of the ideas you have introduced on your post. They are very convincing and can d...
  • author image
    cat hat says:
    Hey there! Would you mind if I share your blog with my facebook group? There's a lot of people that...
  • author image
    Ara says:
    Hi there! Such a great short article, thanks!...
  • author image
    Kendrick says:
    Can you inform me what system are you utilizing on this internet site?...
  • author image
    chris handrian says:
    ini keluar alpikasi nya kapan apakah masih 2 tahun lagi...
%d bloggers like this: