AAA Games



Apex Legends memang best. Seriously. Ko tengok kat memana website game sekarang pun mesti sembang Apex. Ia pun dah menjuarai Top 5 Most Viewed game dalam Twitch.TV. Ninja pun, yang terkenal sebagai pemain terbaik Fortnite di dunia, juga livestream Apex Legends je. Shroud? First game dia main, dah dapat champion. Korang tunggu apa lagi? Uninstall game lain dan install Origin sekarang… Apa dia? Tak tau PC boleh main ke tak? Bagus soalan tu, memang sesuai la tanya kat sini. Sini aku bagi tau korang spec yang sesuai untuk main Apex Legends.

Minimum Spec

Sapa yang (macam aku) tak kisah grafik asalkan boleh main, korang bernasib baik. Walaupun Apex Legends ni game yang baru, kekuatan untuk main dia masih mampu dalam kalangan PC bajet. RAM kene at least 6GB. Sapa yang masih 4 GB ke bawah tu bukak browser pun tak mampu dah tahun 2019 ni. So better upgrade 8GB RAM la. Itu dah kira standard PC untuk dekad ni. CPU pulak Intel Core i-3 pun masih okay lagi walaupun dah terlalu lapuk. Ingat, ni pasal nak main je. Resolution semua low kita bantai je. GPU paling teruk ialah GT 640 ataupun Radeon HD 7700. Nama je HD tapi tu HD zaman PS3 tu. Kalau tanya nak beli katne semua ni, tak payah. Ini semua barang yang memang takkan jumpa kat kedai dah. Spec ni semua high tech zaman 2010. Sekarang yang PC Gaming yang paling murah pun lagi power daripada ni. Kalau ada plan nak beli baru…

Recommended Spec (High)

Di Racun Tech, kami ada sediakan yang paling sesuai ialah dalam kalangan RM 2000. Harga ini adalah sesuai dengan performance yang korang akan dapat. CPU akan dapat Ryzen 3 2200 yang dah kira sebagai standard untuk start gaming. GPU akan dapat GTX 1050 Ti Mini. Saiz memang mini, tapi bila in-game padu giler. RAM cam biasa akan dapat 8GB. Lagi rendah daripada tu memang malu la kami nak jual.

Taruk semua tu dalam casing Nexus M dan apa yang korang akan dapat ialah Full HD Resolution, High Settings dan 60 FPS gameplay. Harga sama korang beli laptop yang main Dota 2 pun tak lepas. Better beli PC E-SPORTS GAMING COMBO dari Racun Tech. Korang bukan setakat main je, tetapi korang akan mendalami dunia Apex ni.

EXPERIENCE THE WORLD OF APEX (Very High)

Ada lebihan dalam bajet untuk upgrade? Untuk RM 2500, akan dapat 1TB WD Blue Hard Drive untuk extra storage. Selain itu, GPU akan tukar daripada 1050 Ti Mini kepada GTX 1060. Dengan ini, performance akan naik secara mendadak. Setiap detail sekecil manapun adalah penting, sebab itu E-SPORTS HARD GAMING COMBO ni sangat sesuai untuk mereka yang jenis ingin jadi Apex Legends for real.

APEX CHAMPION (Very High + Streaming)

Seperti yang dikatakan, Twitch.TV penuh dengan orang livestream game Apex Legends. So kepada mereka yang nak mula jadi streamer, kami sarankan up sikit bajet. Sebab keperluan untuk streaming SAMBIL gaming adalah tinggi. Kami ingin berikan yang terbaik untuk customer kesayangan kami. Dengan harga RM 4000, korang akan mendapat GPU paling latest daripada siri Geforce iaitu RTX 2060 AMP. Korang takyah lagi nak sibuk tukar setting time dalam game. Max Settings je, mesti 60 FPS. Lagi-lagi dengan RAM upgrade daripada 8 GB ke 16 GB. Lagi la laju.

Dengan PC ni, korang takyah lagi risau pasal grafik. Apa yang penting ialah menjadi Apex Champions.

APEX MASTER (4K + Insane Settings)

Kemajuan teknologi tiada batasnya, termasuklah pasal PC building. So kalau korang nak jadi lebih daripada Ninja, lebih daripada Shroud, GAMING GOD daripada Racun Tech adalah untuk anda. Dengan GPU ranking tertinggi didunia, RTX 2080 Ti Extreme adalah dikatakan ‘overkill’. Tambah lagi 4K Resolution. Korang akan tak ingat dunia, serius. Tapi jangan la pulak. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit. Hormatilah parents korang. Tanpa mereka, korang takkan dapat jadi APEX MASTER.

Results daripada specs ni:

Settings: Insane (8GB VRAM)

Average FPS: 80 FPS

Resolution: 1440p (4K)

Kalau masih tak tau lagi mana yang sesuai unuk korang, call team Racuntech untuk bantu anda.. Kami akan sediakan PC yang special bagi setiap customer. Nanti kita share-share la ID Apex.

Semua PC yang diiklankan akan berubah mengikut peredaran masa. Oleh itu, sila rujuk semula daripada pihak Racun Tech untuk kepastian.



Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST