Company of Heroes 2 meraikan anniversary yang ke-5, dan ada giveaway??



Siapa pernah main game Company of Heroes 2? Atau siapa nak main tapi belum beli sebab tak sanggup nak try. Yela berbayar kan, takut menyesal pula. Haha

Game ini menampilkan beberapa mekanik yang unik dan akan memberi ganjaran kepada pemain yang bijak. So, apa berita yang menarik sekarang dengan game ni? Ha, Company of Heroes 2 sekarang sedang menyambut annivesary yang ke-5. Wah, mesti ada special sempena anniversary nya ni.

Of course, game Company of Heroes 2 ini telah membuat giveaway yang bermula dari sekarang dengan memberikan game ini secara PERCUMA! Di Steam, mereka telah mengumumkan yang game ini boleh di download secara PERCUMA dan pemain akan dapat menambah game ini ke Steam library untuk claim.

Korang boleh dapatkannya sekarang sehingga hari Isnin sahaja, 10 Disember 2018. Download dan boleh main selamanya tau! Banyak game free sekarang ni dekat Steam. Woah!

https://store.steampowered.com/app/231430/Company_of_Heroes_2/

*Tapi tu lah, sis tak pernah lagi main game ni. Rasa nak try lah..

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.






Leave a Comment

Scroll to Top