Posted in

Jaket Hero Devil May Cry 5 Ultra Limited Edition-Harga cecah $8000???

Posted in

Ultra Limited Edition ini dibuat untuk peminat Devil May Cry 5 yang dedicate sangat, dan terdapat dalam tiga jenis yang akan menjadikan anda seperti karakter dalam game ini. Harga untuk pakaian ini mencecah $8,000 USD (£6,100 / $11,100 AUD). Menangis tengok harga dia!

Pastilah harga dia tinggi sebab limited edition dan tak mustahil pun kalau ada peminat yang memang taksub dengan Devil May Cry 5 ni membelinya. Seperti yang dilaporkan oleh Eurogamer, tiga versi Devil May Cry 5 Ultra Limited Edition ini hanya dijual oleh Capcom Japan. Tiga versi ini adalah jaket yang dipakai oleh tiga hero; Nero, Dante, dan V.


Daripada tiga-tiga versi itu, yang paling murah harganya adalah versi V yang mana $5,300, manakala versi Nero berharga $6,600. Paling mahal antara ketiga-tiga itu adalah versi Dante dengan harga hampir $8,000.

Jaket ini telah disesuaikan dengan watak-watak karakter yang ada dalam Devil May Cry 5, yang telah mengalami kerosakan akibat pertempuran terlebih dahulu. Seperti dalam kes Nero, salah satu lengan dijaketnya telah terkoyak. Jadi, design tu mengikut kesosakan tersebut bagi nampak macam real. Kesemua jaket ini dibuat daripada kulit asli.

Apa pun, Devil May Cry 5 ini bakal dikeluarkan untuk Xbox One, PlayStation 4, dan PC pada 8 Mac 2019.

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Join the conversation

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!