Serius lah Steam nak ubah wajah baru??



Konsep Steam’s redesign telah dikongsikan dengan menunjukkan beberapa design dalaman yang dibuat dalam perancangan Valve untuk platform game distribution tersebut.

Design tersebut telah dibincangkan dalam tahun ini, tapi sedikit sebanyak ia tealh dikongsikan yang mana platform tersebut akan hadir dengan wajah baru. Pavel Djundik, pencipta Steam Database berkata, beliau mempunyai gambar-gambar design tersebut dari Valve yang mana akan berubah wajah baru menjelang Januari tahun depan. Gambar tersebut dikongsi di twitter rasmi Pavel yang menunjukkan bahawa sangat jelas perancangan Valve untuk mengubah semula reka bentuk Steam. Tweet gambar dibawah ini telah di post oleh Pavel hampir dua tahun lepas dan ia menunjukkan betapa bezanya konsep yang telah didedahkan sebelum ini.

Pavel juga kongsikan gambar lain untuk membincangkan beberapa perubahan yang akan dibuat dan berpotensi di Steam Library.  Gambar gambar itu, terdapat senarai ciri-ciri terbaru yang ditunjukkan bersama-sama dengan konsep heavy- image untuk page Rainbow Six Siege dan senarai ciri lain yang berkaitan untuk pengguna Steam. Bukan itu saja, tapi Pavel juga mengatakan slide PDF unyuk gambar itu belum diterbitkan lagi, dia dapat melalui sumbernya sendiri.

Tapi, gambar yang didedahkan itu tidak kelihatan seperti gambar yang didedahkan dalam beta pengguna Steam pada tahun 2017. Gambar yang mempunyai bar atas, yang menampilkan bahagian baru untuk komik dan TV, dan game page yang lebih menarik untuk  Metal Gear Solid 5 : The Phantom Pain. Hm?

Walau bagaimanapun, tak salah pun kan kalau Steam di redesign balik?. Dengarnya memang platform itu akan di redesign cumanya tak tahu bila ia akan siap dan di release. So, kita tunggu je la wajah terbaru Steam ni okay!

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Leave a Comment

Scroll to Top