Launch Trailer Untuk Shadow of The Tomb Raider dan Beberapa Screenshot!

Siri game Tomb Raider mempunyai peminat mereka tersendiri, dan aku yakin, kepada kipas-susah-mati game ni, mesti korang ter tunggu-tunggu untuk main Shadow of The Tomb Raider ni kan? Aku tak pernah main game siri Tomb Raider ni, tapi macam nak cuba main sebab, gameplaynya, aku tengok sangat menarik. Menurut dari info yang aku dapat, ianya dikatakan akan keluar pada 14 September ni, dan, selarasa dengan itu, pihak developer telah pun mengeluarkan launch trailer untuk Shadow of The Tomb Raider dan juga beberapa screenshot untuk kita tengok. Jom, kita layan video trailer ni di bawah:

Kalau dari trailer, memang, semua game, cerita nampak best, betul tak? Nak tak nak, kita masih lagi perlu untuk mencuba bermainnya sendiri. Di bawah, aku nak tunjuk sedikit beberapa screenshot untuk korang:

Fuh, kalau tengok dari graphic ni, memang mengancam habis, aku pun terkesima dan jugak tergamam tengok semua screenshot yang diberi nih. Buatkan aku rasa macam nak beli pon ada. Tapi, macam aku cakap tadi la, tengok trailer, memang best, nak tak nak, kita kena main jugak, baru kita tahu akan potensi game Shadow of The Tomb Raider ni. Korang rasa lah kan, patut ke aku cuba beli dan main game ni?

Shadow of The Tomb Raider akan dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC pada 14 September 2018.

Nak beli? Korang boleh tekan LINK ni:

Shadow of The Tomb Raider





Komen Terkini

%d bloggers like this: