#RacunTips – Korang dah check ke PC spec, dan suhu PC korang?



Bila last korang check spec PC and suhu PC korang? Korang rasa PC korang sejuk ke panas?

Abam nak share sikit macam mana nak check PC spec korang, and temperature komponen-komponen dalam PC korang.

Untuk check komponen-komponen PC, abam biasa akan pakai speccy. Korang boleh je type speccy kat google search, download, then korang install je. Senang giler. Untuk memudahkan kerja korang, meh abang share download link utk speccy kat bawah ni.

https://www.ccleaner.com/speccy/download

Kalau korang tengok screenshot kat bawah ni, memang dia ada bagitahu sebijik-sebijik komponen-komponen dalaman PC korang, daripada processor, RAM, Motherboard, Graphic Card, Storage, termasuklah monitor korang. Memang interface dia simple dan lengkap.

Kalau korang tengok, speccy memang dah ada tunjuk suhu sekali, tapi kurang tepat, so apa yang abam biasa guna untuk check suhu, abang download adalah hwinfo64, cara yang sama, korang google, download dan install je. Nak senangkan korang, abang bagi sekali download link kat bawah ni, senang.

https://www.hwinfo.com/download.php

Kalau korang tengok, memang detail habis, detail setiap komponen ada dalam ni. Korang boleh explore lah, macam-macam info yang tools ni ada bagi kepada korang.

Korang mungkin ada guna tools lain yang berguna yang korang nak share kepada kitorang supaya kita boleh share kepada semua orang, so drop us comments, share pendapat korang kepada kita, in shaa Allah kita share sama-sama! 🙂

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: