EA Sedang Perbaiki Anthem Untuk PS4



Selepas dua minggu sejak release Anthem. Semakin banyak masalah sedang muncul. Dilaporkan banyak isu game Anthem crash. Sehingga ada yang mengatakan PS4 boleh rosak. BioWare telah mengeluarkan tweet tentang tindakan yang mereka sedang jalankan.

Berdasarkan Chad Robertson, ketua perkhidmatan langsung Bioware, “telah mengenalpasti punca crash kepada beberapa pengguna PS4. Jika terjadi crash dan PS4 tiada respon, anda boleh mematikan dan restart semula secara manual – tiada risiko kerosakan.”

Beliau juga mengesahkan bahawa mereka masih tidak lagi terserempak dengan unsur yang membolehkan Anthem ‘brick’ konsol PS4. Sekiranya berlaku kepada anda, sila hubungi di @EAHelp di Twitter supaya membantu dalam penyiasatan mereka.

Pemain telah mengalami masalah ini sejak hari release lagi. Ini menyebabkan ramai pemain yang menggunakan PS4 refund semula game tu. Selain daripada crash, bug-bug juga dijumpai. Antaranya ialah is membuatkan senjata Level 1 lebih kuat damage daripada level yang lebih tinggi. Pembetulan ini sedang dihasilkan dan akan keluar pada 12 Mac nanti.



Leave a Comment

Scroll to Top