Liga Terbesar Mobile Legends: Bang Bang Sudah Bermula!



KUALA LUMPUR, 22 FEBRUARI 2019 – Lebih daripada 1.000 pasukan telah mendaftar untuk bertanding dalam Liga Profesional Mobile Legends Malaysia/Singapore (MPL-MY/SG) Musim Ke-3. Sekarang empat pasukan berjaya memegang tempatnya selepas dua minggu merebut dalam fasa kelayakan yang sungguh hangat. Pasukan ICON MY, Mysterious Assassin (MYA) dan Xpax X-Assins merupakan pasukan yang layak dari Malaysia, manakala Singapura diwakili oleh NARA Esports di mana ini merupakan penampilan awam pertama mereka dalam dunia MPL.

Pasukan yang layak akan bertanding untuk prize pool Musim Ke-3 sebanyak US$100,000. Format Musim Regular adalah berbentuk round-robin terbaik-daripada-tiga (best-of-3) dengan jumlah US$48,000. Semua pasukan akan menerima elaun mingguan sebanyak US$350 (sebuah peningkatan berbanding elaun mingguan US$300 musim lalu), dan bagi setiap perlawanan yang menang, pasukan tersebut akan menerima US$200.

Pada hujung Musim Regular, salah seorang pemain akan menerima bonus US$500 bagi dia yang memenangi gelaran Most Valuable Player (MVP) Musim Regular, berdasarjab prestasi dan konsistensi. Pemain yang mempunyai nisbah KDA (Kill-Death-Assist) terbaik akanjuga dianugerahkan King of KDA bersama dengan bonus US$500.

Musim Regular berjalan selama enam minggu berturut-turut seriap Jumaat hingga Ahad bermula 1 Mac 2019. Dua pasukan terbawah akan disingkirkan, meninggalkan lapan sahaja pasukan yang akan ke Playoffs pada 20 hingga 21 April 2019, di Blue Atrium, Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

Semua perlawanan akan disiarkan secara online dan stream di Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang dengan pengacaraan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.



Join the conversation

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!