Steam

Game SCUM Terjual 1 Juta Dalam Masa Kurang dari Sebulan!

Korang ingat tak, minggu lepas abam ada tulis satu artikel tentang review game SCUM ni di Steam. Hari ini, abam terbaca yang game SCUM ni, telah pun terjual 1 juta kurang dari sebulan! Apa semua ni weh, maksud abam, best sangat ke game ni? Tak sampai sebulan dah cecah 1 juta jualan. Tahniah kepada developer, Devolver Digital kerana telah berjaya menjual game SCUM ni, sampai satu juta, dan juga mencipta satu game yang bagi abam, sangat realistik! 

Ring of Elysium, Battle Royale Dari Tencent Hadir ke Steam!

Akhirnya, game battle royale yang ditunggu oleh abam akan muncul ke Steam. Dulu abam main game Ring of Elysium (ROE) ni di Garena, dan agak susah nak main, sebab, banyak benda nak kena buat untuk ubah bahasa dia. Ada dia bagi abam main dalam bahasa Thailand, mana abam faham. Tapi, jangan risau, kali ini, ROE akan di lancarkan di Steam, dan yang paling best, ianya percuma! Info lanjut untuk game ROE ni, korang boleh teruskan bacaan korang ye.

SCUM, Apa Yang Diperkatakan di Steam Review?

Baru-baru ni, abam addicted dengan bermain game survival yang baru dilancarkan dan masih lagi dalam fasa early access. Sumpah! Serious aku ketagih gila main game SCUM ni. Game yang sangat menarik, sangat detail, tapi, belum banyak lagi perkara yang boleh di lakukan dalam game ni. Aku rasa, bukan aku je kot yang ketagih main game ni, ramai lagi. Korang jugak boleh layan Streamer tanah air kita, duk layan game ni berjam-jam dan berhari-hari. Haaa, yang aku nak cerita sekarang adalah review dari Steam, adakah ianya akan membuatkan korang consider untuk beli game SCUM ni? Jom, teruskan bacaan korang~

Scroll to Top